21 November 2019

"MAMA SEBENARNYA KAKAK IBU MENTUA SAYA" - LAN SOLO HARAP ADA KEAJAIBAN


Penyanyi Lan Solo yang sebelum ini berkongsi mengenai ibu saudaranya, Rosiyah Md Ali, yang dipanggil mama yang dimasukkan ke Hospital Serdang kerana serangan strok, baru-baru ini, selain memohon orang ramai mendoakan itu berharap ada keajaiban buat ibu saudaranya: "Saya berharap Allah akan menghadirkan keajaiban buat mama, apatah lagi, dia bakal menyambut ulang tahun ke-69, bulan depan. Doakan kesihatan mama".





Menerusi perkongsian itu, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 34, memaklumkan terpaksa mengetepikan seketika urusan kerjaya seni kerana perlu bergegas membawa ibu saudaranya yang tiba-tiba rebah ke hospital.

Lan juga berharap orang ramai tidak keliru kerana mama yang dimaksudkan ialah ibu saudaranya: "Saya dan isteri, Nur Sheila Hassim menerima banyak panggilan telefon kerana ramai menyangka ibu atau ibu mentua yang sakit. Mama sebenarnya ialah kakak kepada ibu mentua saya.

"Hubungan kami sangat rapat memandangkan dia tinggal bersama saya dan keluarga. Melihat mama rebah di depan mata, kami jadi tidak keruan. Kami tidak tahu berapa lama mama akan ditahan, tetapi kami akan sentiasa berada di sisinya ketika diperlukan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan ibu saudaranya, Lan berkata, wanita itu masih belum sedarkan diri dan berada di bawah pengawasan doktor: "Saya berdoa, mama diberi kekuatan untuk melawan supaya kembali sembuh. Kami berjanji akan sentiasa ada di sisinya. Saya juga mohon semua supaya turut sama mendoakan kesihatan mama".


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Lan Solo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: