19 November 2019

BILA NEELOFA JUAL SUSU PISANG JENAMA 'NILOFA' PULA


Semua mengetahui bahawa susu pisang mula popular kerana dijual di serata Korea Selatan dan kalau melancong ke negara K-Pop itu, tak sah kalau tak beli dan bawa pulang ke Malaysia kerana rasa lemak-lemak manisnya itu menjadi kegilaan ramai.





Siapa dalam Malaysia ini yang tak kenal dengan pelakon merangkap usahawan hebat iaitu Noor Neelofa. Dahlah cantik menawan, lepas itu pandai berniaga pula. Memang menjadi idola para wanita dalam negara ini.

Umum mengetahui bahawa Neelofa sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan menerusi rangkaian hijabnya iaitu 'Naelofar'. Boleh dikatakan ramai yang mempunyai hijab keluarannya dan rata-rata koleksi baru yang dihasilkannya pasti terjual laris.

Klik untuk gambar besar


Ingatkan Neelofa akan fokus kepada perniagaan hijabnya sahaja, rupanya pengacara program 'Meletop' ini masih ada lagi perniagaan yang ingin diterokainya. Baru-baru ini, dia telah mendedahkan produk terbaru keluarannya iaitu susu pisang yang diberi nama ‘Nilofa’.

Walaupun belum diumumkan tarikh pengeluaran serta harganya lagi, sudah ramai yang teruja ingin mencubanya. Ada yang menceritakan bahawa sudah ramai berpusu-pusu mendaftar menjadi stokis produk itu apabila dibuka pendaftarannya.

Tak kurang juga, ada netizen yang puji Neelofa kerana sentiasa mengkaji kehendak pengguna sebelum mengeluarkan sesuatu produk. Siap ada yang keliru sama ada susu pisang itu adalah sunscreen kerana packagingnya. Hebat betul Neelofa... sentiasa berdiri tinggi dengan idea yang baru dan inovatif.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: