19 November 2019

"TERIMA KASIH DOAKAN KAMI" - NETIZEN GEMBIRA ADIRA & DATUK RED BERBAIK


Baru-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik sekeping foto suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red sedang tidur di sofa bersama anak ketiga mereka, Anggun. Rata-rata pengikut Adira melahirkan rasa syukur dan ternyata gembira apabila melihat mereka bersama. Malah, terdapat segelintir peminat yang mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.





"Alhamdulillah semoga bahagia hingga ke Jannah." - "Alhamdulillah semoga baik-baik selalu." - "Alhamdulillah semoga bahagia Adira demi anak-anak yang masih kecil." - "Alhamdulillah berbaik semula. Biasalah kalau rumah tangga ni banyak betul dugaan. Kuat dengan tak kuat je hadapi. Jadikan kekurangan tu sebagai pelengkap dalam mahligai rumah tangga. Semoga kekal hingga akhir hayat," antara komen-komen netizen yang ditulis.

Pelantun lagu 'Pujaan Hati' itu turut meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang mendoakan mereka suami isteri: "Terima kasih kerana doakan kami. Insya-Allah,” tulisnya secara ringkas.

Terdahulu, Datuk Red menerusi Instagram Stories telah memuatnaik perbualan WhatsApp seorang wanita dikenali sebagai Fira memaklumkan Adira mahu menarik semula permohonan cerai yang difailkan pada 9 Oktober lalu. Pada 1 April lalu, Adira telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gomba Barat, Rawang. Datuk Red bagaimanapun membantah permohonan cerai itu. Untuk makluman, pasangan itu telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Adira Suhaimi & @anggrek_asan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: