22 November 2019

"DENGAR FLASH & SEDIA PADA SOALAN REPORTER... DADDY REALLY SORRY...." - SUAMI LUFYA


"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Memandangkan ramai sangat warganet yang Salah faham dan Salah memberi tafsiran berkenaan dengan isu video yang sedang menular tentang Saya tidak hiraukan anak apabila anak saya memanggil berkali2. Sebenarnya Saya memang prihatin dan faham memang perkara sebegini akan menjadi perhatian ramai orang apatah lagi ia membabitkan sentimen anak kandung sendiri.





"Isu ini juga menjadi sangat sensitif dan ia boleh membangkitkan kemarahan ramai pihak terutama kepada mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga dan mempunyai anak.Jadi apa yang Saya ingin jelaskan disini adalah berkenaan dengan dakwaan2 seperti tidak sayangkan anak dll adalah tidak benar malah sy dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sbg bapa.

"Gambar2 yang Sy upload di atas ada babak2 ketika saya berada di dalam mahkamah. Kalau perhatikan di dalam gambar2 tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak sy Sampai la anak sy pergi kepada ibunya. Then selepas itu baru la sy keluar dari mahkamah. Sejurus keluar sahaja dari mahkamah ramai juru kamera dan wartawan menyapa (itu Saya memang faham dengan tugasan mereka).

Klik untuk gambar besar


"Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan tanya. (maklumlah sy rasa nervous Sebab ini adalah kali pertama seumur hidup Saya berada dalam situasi di mahkamah) to my love one Laana Haura. Daddy really sorry Sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love.

"Jika difikirkan secara waras bapa mana Kat atas dunia ni tak sygkan anak mereka sedangkan binatang seperti singa betina yg ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anak nya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal.



"Akhir sekali saya ingin beritahu bahawa sy amat tertarik dengan satu kata2 ini iaitu Jika benar seseorang itu adalah orang yang beriman kepada Allah swt maka tidak lah dia sanggup untuk memutuskan silaturrahim (hubungan Kekeluargaan) apatah lagi Jika ia melibatkan hubungan antara bapa dengan anak

"Jika benar caption ini adalah message maka likes itu adalah messenger. Sekian itu Saja drpd Saya," demikian tulis suami kepada pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi laman Instagram miliknya yang tampil mempertahankan diri berhubung dakwaan segelintir pihak kononya dia mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Kata Dr Che Muhammad Hafiz, dia terlalu menyayangi anaknya, Laana Haura, 2, dan memohon maaf kepada puterinya itu di atas kekhilafan tersebut. Gara-gara tidak mengendahkan teriakan anak, suami Lufya terus menerima kecaman hebat daripada netizen di laman sosial. Dr Che Muhammad Hafiz mengulas mengenai rakaman video yang disiarkan mStar yang memaparkan situasi di luar mahkamah yang memperlihatkan Dr Che Muhammad Hafiz hanya berjalan ditemani beberapa pengawal tanpa mengendahkan tangisan anaknya.

Menjelaskan situasi yang berlaku, Dr Che Muhammad Hafiz berkata dia tidak mendengar panggilan dan tangisan anaknya itu kerana terkejut apabila dihampiri sekumpulan wartawan di perkarangan mahkamah. Sementara itu, Dr Che Muhammad Hafiz berkata dia sedar tindakannya itu akan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak terutamanya mereka yang sudah berkeluarga.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Dr Che Muhammad Hafiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: