22 November 2019

"TERASA... MINTA MAAF" - DRAMA BAND NAFI MV 'SATU-SATU' SINDIR ALIFF SYUKRI & BABY SHIMA


Jika sebelum ini, Drama Band didakwa membuat sindiran dalam video muzik (MV) lagu mereka berjudul 'Drama' yang mengaitkan kontroversi beberapa artis antaranya Haneesya Hanee, Haqiem Rusli dan Aliff Aziz, terkini nama kumpulan ini sekali lagi kembali menjadi perbualan netizen apabila kali ini mereka dikatakan menyindir usahawan komestik, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima dalam MV terbaharu, 'Satu-Satu'.





Untuk makluman, 'Satu-Satu' merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Drama Band dan muzik diiringi AG Coco. Menurut vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul Roza, segala perjalanan cerita dan watak yang diwujudkan dalam MV tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa.

"Betul ke ada kaitan dengan mereka berdua? Rasanya tak... sebab cerita dalam MV itu hanya rekaan semata-mata. Tapi kalau ada sesiapa terasa, terpulanglah! Mungkin kita terlepas pandang sampai ia dikaitkan dengan orang lain pula. Apa-apa pun kalau ada yang terasa, kami minta maaflah!," katanya.

MV mengisahkan mengenai sikap segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar populariti dan harta dimuatnaik di laman Youtube pada Isnin lalu. Bagaimanapun, ada penonton berpendapat penjalanan cerita dalam MV tersebut seakan-akan menyindir Aliff Syukri dan Baby Shima.

Klik untuk gambar besar


"Macam kisah Datuk Aliff Syukri dengan Baby Shima je ni. Kita tunggu dan lihat dia orang balas tak?" - "Baguslah Drama Band ni buat lagu fasal zaman sekarang, zaman orang ketagih populiriti demi duit poket masing-masing".

"Macam perli seorang Datuk tu je... sama dengan golongan yang tak kisah aibkan diri sendiri, buat salah tapi anggap semua tu sekadar benda biasa yang tak perlu dipersoalkan. Masyarakat sekarang patutnya ubah pemikiran yang singkat ni," komen penonton.

Dalam pada itu, Aepul menafikan dakwaan kononnya mereka sengaja mencipta kontroversi dengan mengaitkan jutawan berkenaan sebagai gimik untuk mempromosikan lagu tersebut. Menurut Aepul, banyak mesej tersirat dalam MV berkenaan yang boleh dijadikan pengajaran.

"Nak kata gimik... tidaklah! Kita dah pernah beritahu setiap lagu yang dihasilkan ada mesej mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Kita harap penonton dapat mengambil iktibar dan menerima mesej disampaikan dengan baik, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, macam-macam benda boleh berlaku," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: