22 November 2019

BEKAS SUAMI A. AIDA, ARIFF AZIZ BERCINTA DENGAN WANITA UKRAINE?


Semua sedia maklum mengenai perkahwinan penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida bersama pelakon Ariff Aziz sudah hampir tujuh bulan menemui noktahnya. Pun begitu, nampaknya kedua-dua selebriti ini berpisah dengan cara yang buruk. Ada sahaja kata-kata perlian yang dihamburkan oleh kedua mereka terhadap bekas pasangan masing-masing.





Senyap tanpa khabar berita, tiba-tiba Ariff Aziz memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita Ukraine yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos di lama Instagram miliknya baru-baru ini dan ia telah mencetuskan tanda tanya ramai.

Malah, Ariff, 30, turut mendedahkan identiti dan akaun Instagram gadis terbabit yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos: "Safe flight babe. @svetik132015.. meet you soon.. thanks for cheering for my basketball match," tulisnya pada kapsyen foto terbabit.

Klik untuk gambar besar


Entri itu mendapat usikan peminatnya yang menebak gadis itu merupakan teman pengganti baharu Ariff. Malah, ramai yang menyokong seandainya gadis itu merupakan pilihan baharu Ariff yang turut mempunyai darah kacukan Turki: "Fulamak! Ukrainian... Brother has and updating," tulis salah seorang pengguna." - "Ini baru sepadan," sahut pengguna lain." - "Macam Hailey Bieber!" puji pengguna lain pula.

Untuk makluman, Ariff dan A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 49, telah mendirikan rumah tangga pada 21 Julai 2018 namun bercerai selepas sembilan bulan bersama. Apa-apa pun, kita nantikan sahajalah kenyataan rasmi daripada jejaka tinggi lampai itu. Sama ada memang benar hatinya sudah dicuri oleh wanita Ukraine tersebut.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ariff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: