22 November 2019

"PANJANG LAGI PERJALANANNYA" - BERAT BABY ABBY MAKIN NAIK, KINI 924 GRAM


"Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah. Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine... Panjang lagi perjalanannya. Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku. Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga





"Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin. Mohon doakan ye," demikian tulis pelakon Abby Abadi, 42, yang memberitahu bahawa bayi lelakinya, Muhammad Danial Firman Faizal yang lahir pramatang itu menunjukkan progres yang baik apabila dilaporkan sudah mula menunjukkan kenaikan berat badan namun masih lagi berada dalam zon kritikal.

Jelas Abby lagi, doktor juga memberitahu, sebarang kemungkinan juga boleh terjadi memandangkan bayinya lahir ketika usia kandungan belum cukup bulan. Pelakon yang popular dengan drama 'Gerak Khas' itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu. Bagaimanapun bayi tersebut lahir pramatang dengan berat 535 gram sahaja ketika usianya baru enam bulan di dalam kandungan.

Sebelum ini, Abby pernah mengalami keguguran pada 2017 sewaktu usia kandungannya mencecah lima bulan. Untuk makluman, Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan pertamanya dengan aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: