29 November 2019

ERMA FATIMA: "BUKAN KERANA EXTREME.. APATAH LAGI ANGGAP NIQAB ITU FASHION"


"Bila pakai niqab dia kata Islam extreme.. dia kata fashion.. dia kata taksub... hmmm.. aku pakai bukan kerana extreme.. apatah lagi menganggap niqab itu fashion... salah tu. Aku pakai kerana itulah ADAB bila berjumpa habib atau ulamak dr luar terutama dr Arab. Itu PERADABAN mereka yg harus di hormati.





"Memang dlm Quran tk suruh pakai niqab TAPI kalau org pakai niqab dah rasa selesa knp mesti kita pertikaikan. Melindungi wajah dari pandangan yg bole mengundang dosa tkn jadi satu kesalahan? Susah jugak jd netizen yg cari salah orang jer kan..

"Masalah besar tu kalau hati dan fikir kita 24 jam negatif... kena ubat cepat2 sebelum parah sbb tkde pakar dlm dunia bole ubatkn penyakit hati ni. #hubabafatimahkadzim," tulis pengarah dan pelakon Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 51, di laman Instagram miliknya yang menjelaskan dia memakai purdah bukan kerana taasub agama apatah lagi kerana terikut-ikut fesyen.

Menurut Erma, dia sebaliknya menutup bahagian muka kerana menunjukkan rasa hormat apabila bertemu agamawan terutama dari Timur Tengah. Dalam pada itu, Erma yang juga kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida berkata, dia maklum pemakaian purdah bukanlah sesuatu kewajipan namun berharap masyarakat tidak mempertikaikan imej itu. Malah, Erma memberitahu keputusan seseorang untuk berpurdah tidak perlu dipertikaikan jika perkara itu membuat mereka berasa selesa.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: