29 November 2019

HUBUNGAN DENGAN RISTEENA - IKHWAN SAHKAN PUTUS, ENGGAN ULAS PUNCA


Desas-desus sebelum ini yang mengatakan hubungannya dengan pelakon Risteena Munim sudah berakhir walaupun sebelumnya mereka dikatakan sudah merancang untuk berkahwin minggu lalu itu telah disahkan oleh pelakon Ikhwan Khairudin, 29. Ikhwan berkata, mereka juga sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu tetapi semua perancangan itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir termasuk majlis pernikahan. Bagaimanapun, Ikhwan enggan mengulas lanjut punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap antara mereka sudah tiada jodoh.





"Ya, saya dan Risteena sudah putus. Saya perlu jelaskan perkara ini kerana saya segan dan malu apabila ramai bertanya adakah saya lelaki misteri yang sering muncul di Instagram Risteena. Selepas menjalin hubungan selama tujuh tahun, kami merancang untuk berkahwin bulan ini. Namun, perkara itu tidak menjadi. Segala persiapan yang sudah dibuat terpaksa dibatalkan. Saya percaya, aturan Allah itu lebih baik dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Cukuplah orang tahu kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Bagi saya ini yang terbaik daripada terus membuat orang sekeliling berteka-teki. Dia juga boleh fokus dengan hubungan baru yang dibina. Tipulah kalau saya kata tidak sedih dengan perpisahan ini. Berkat doa emak, saya bangkit dan mulakan hidup baru. Apa yang terjadi, biarlah menjadi simpanan peribadi kami dan tidak perlu saya kongsikan. Saya doakan Risteena bahagia dan berjaya dengan setiap apa yang dirancang," katanya.

Ikhwan yang berhenti berlakon sejak enam tahun lalu kembali aktif dalam bidang lakonan selain menguruskan perniagaan sendiri: "Alhamdulillah, sejak bulan lalu saya sudah terbabit dalam beberapa drama. Walaupun diberikan watak kecil, saya bersyukur kerana penerbit dan pengarah masih mempercayai bakat saya. Saya cuba perlahan-lahan untuk kembali aktif. Saya berterima kasih kepada semua pihak dan rakan artis yang banyak memberikan kata-kata semangat dan sokongan".

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: