29 November 2019

HANS ISAAC: "MUNGKIN ISU (SOLEKAN) KECIL... NAMUN ISU BESAR BAGI VETERAN....."


Menyatakan FINAS sehabis baik cuba menyelesaikan segala isu berkaitan industri hiburan tanah air, pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac bagaimanapun berkata, dirinya pada masa sama turut mengharapkan agar semua memberi kerjasama sebaiknya agar setiap permasalahan dapat diselesaikan.





Jelasnya, isu solekan misalnya mungkin isu kecil kepada segelintir pihak, namun ia isu besar bagi bintang veteran kerana melibatkan punca pendapatan mereka: "Beri peluang kepada untuk kami (FINAS) lakukan sesuatu yang lain daripada sebelum ini. Mungkin kita boleh tukar industri. Jika orang industri sering bergaduh, macam mana orang nak melihat perubahan?

"Ada yang kata masalah solekan adalah isu kecil, namun bagi veteran itu merupakan masalah yang besar. Dan kami ambil perdekatan 'quick win'. Setiap hari kami mengambil langkah untuk membantu industri dan tidak perlu dihebahkan kepada umum," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, Hans meluahkan rasa kekesalan apabila setiap isu yang cuba dibangkitkan bagai tidak dihargai sesetengah pihak. Malah sehingga kini, tiada sebarang bentuk ucapan terima kasih diterima daripada pihak terlibat.

"Setiap kali sesuatu isu industri dapat diselesaikan pula, ada sesiapa yang mengambil inisiatif untuk berterima kasih? Namun apabila sekali berbuat salah, kami diserang kiri kanan. Setiap perkara mestilah ada 'try and error'.

"Sepanjang tujuh bulan menjadi pengerusi FINAS, tidak pernah seorang pun yang datang kepada saya mengucapkan terima kasih. Tapi apabila salah, bagaimana pula? Adakah orang hanya mahu melihat saya jatuh?" tanya Hans lagi.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: