29 November 2019

"TAK ADIL TUDUH KELUARGA SAYA..... KELUARGA SHARNAAZ JUGA BERSUARA..." - NEELOFA


"Saya rasa tak adil jika nak tuduh keluarga saya masuk campur dalam urusan Nabila kerana dia adalah kakak saya dan anak kepada ibu saya. Saya pasti keluarga dia (Sharnaaz) juga bersuara di media sosial dan buat benda yang sama.





"Jadi tak adil untuk menuding jari kepada sebelah pihak kerana kami dua-dua sama. Menyokong dan bersuara. Jadi sama saja," demikianlah ujar pengacara dan pelakon Noor Neelofa berpendapat adalah tidak adil sekiranya dia dituduh sering mencampuri urusan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, sebagai adik kepada wanita itu, dia juga yakin ahli keluarga Sharnaaz turut melakukan perkara sama iaitu meluahkan sokongan di media sosial.

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa simpati terhadap perkahwinan kakaknya itu. Neelofa juga kesal dengan tindakan Sharnaaz yang memilih untuk memanjangkan persengketaan apabila enggan melepaskan Nabila dengan cara mudah.

Klik untuk gambar besar


"Saya sebagai adik dan juga haousemate kakak, tentunya saya rasa ia agak berlarutan yang terpaksa ditanggungnya. Saya kesiankan dia kerana perkara ini dipanjangkan. Sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan singkat tapi atas sebab-sebab tertentu benda ini dipanjangkan dan dirumitkan.

"Namun untuk kakak saya, proses sebegini membuatkan dia lebih matang dan percayalah, lebih banyak yang perlu ditempuhinya dalam masa beberapa bulan sebelum perbicaraan kes itu berlangsung," katanya.

Selain itu, Neelofa turut menasihati Nabila untuk lebih berhati-hati terutamanya dalam membuat keputusan berkaitan perkahwinan: "Saya harap dia akan lebih bersedia dalam membuat sebarang keputusan selepas ini terutamanya jika dia mempertimbangkan untuk berkahwin lagi.



"Kami sekeluarga sememangnya sangt supportive. Bukan hanya saya tetapi juga ahli keluarga, sepupu malah kawan-kawan yang sentiasa ada untuknya. Apa yang saya boleh katakan ketika ini, Nabila gembira, dia sudah memulakan kehidupan yang baru dan kami semua sayangkan Jebat," tuturnya.

Pada 11 September lalu, Sharnaaz bertukar fikiran dan enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu. Susulan itu, mahkamah memerintahkan satu JKP dibentuk.

Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan Ogos tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: