30 November 2019

TAK PERNAH TUTUP PINTU HATI - VANIDAH AKUI ADA LELAKI CUBA MENDEKATINYA


"Saya tak pernah menutup pintu hati ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak mencari jodoh. Malah, memang ada lelaki yang cuba mendekati, namun banyak faktor perlu saya fikirkan. Ia bukan mudah kerana saya mempunyai dua anak. Walaupun anak bersikap terbuka, saya masih perlu mengambil kira segala faktor berkaitan. Mereka pula sangat rapat dengan saya, terutama anak perempuan yang berusia 15 tahun itu. Sehingga kini, dia masih tidur dengan saya.





"Justeru, kalau ada lelaki yang mahukan saya, dia kenalah pandai mengambil hati mereka juga. Selain diri ini, dia juga perlu menyayangi anak-anak saya," jelas pelakon Vanidah Imran yang memberitahu dia tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup, meskipun mengalami kegagalan perkahwinan pertamanya

Vanidah yang lebih mesra disapa Vee, 46, bagaimanapun berkata tidak mudah untuknya menyerahkan hati kepada sesiapa kerana ada syarat perlu dipatuhi pihak berkenaan dalam perhubungan. Tegas pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 ini, siapa sahaja yang bakal menjadi suaminya nanti, lelaki terbabit tidak boleh bersikap terlalu mengongkong.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada aktiviti kegemaran sendiri seperti menyertai acara larian. Jadi, saya harap biarlah lelaki terbabit dapat memberi kebebasan untuk saya melakukan hobi saya itu. Saya tidak mahu nanti, banyak perkara tak boleh dilakukan selepas kembali berumah tangga. Sebelum ini pun, bekas suami (Rashidi Ishak) tidak pernah mengongkong, malah memberi galakan untuk saya melakukan aktiviti yang berfaedah," kata Vanidah.

Untuk makluman, Vanidah mendirikan rumah tangga dengan Rashidi pada Oktober 2000, sebelum bercerai pada Ogos tahun lalu. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Vanidah dan Rashidi dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Aimran, 18, dan Maryam Rashika.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Vanidah Imran


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: