07 November 2019

FOTO INTAN NAJUWA & ZUL ARIFFIN BASAH LENCUN TERSEBAR?


Nampaknya nama pelakon Intan Najuwa dan Zul Ariffin kembali hangat diperkatakan dan mula menjadi buah mulut netizen selepas beberapa foto terlebih mesra mereka berdua mula tersebar di media sosial. Menerusi foto tersebut, pelakon lelaki bertubuh sasa itu mendakap erat pelakon wanita itu dengan aksi manja sambil mereka berdua riang bermandi-manda di tepian pantai.





Aksi panas itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Ia dianggap keterlaluan dan tidak manis terutama sekali kerana Intan sudah pun bergelar tunangan orang. Zul pula sebelum ini mengakui yang dia sudah pun mempunyai buah hati dan bercadang untuk berkahwin pada tahun hadapun biarpun identiti pasangannya masih blum didedahkan.

Terdahulu, Intan pernah ditegur netizen agar menjaga hati tunangnya dan tidak bergambar mesra dengan lelaki lain. Namun, aktres itu sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman netizen, Intan berkata dia masih tahu menjaga batasnya ketika berlakon. Tidak perlu melaga-lagakan hubungan dia dan tunangnya.

Kemesraan dan 'chemistry' hero dan heroin dalam drama memang penting, barulah drama yang dilakonkan akan nampak lebih 'real'. Mungkinkah foto-foto yang tersebar ini merupakan antara aksi-aksi daripada babak drama terbaru mereka berjudul 'Setelah Ku Dimiliki' yang kini bersiaran di slot Akasia Tv 3 diadaptasi dari novel karya Zaza Qry. Apa-apapun kita tunggu penjelasan daripada pihak sana.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Forum CARI & Instagram Funta.my


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: