07 November 2019

WAJAH TENGKU LEON - SUMBER ISTANA NAFI ZURIAT SULTAN KELANTAN


Baru-baru ini, bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana telah mengotakan janjinya dengan memuatnaik beberapa foto wajah anak sulungnya di akaun Instagram miliknya setelah hampir lima bulan berahsia. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji kecomelan Tengku Ismail Leon Petra. Malah, Rihana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.





Bagaimanapun, memetik laporan daripada Daily Mail UK, sumber mendakwa daripada Istana Kelantan memberitahu akhbar tersebut menafikan bahawa wajah Tengku Leon seiras dengan Sultan Muhammad V. Sumber itu juga memberitahu iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut. Kata sumber lagi, anak itu boleh jadi zuriat dari mana-mana lelaki Asia lain. Sumber juga mendakwa, Rihana menggunakan nama Petra di hujung nama bayi tersebut untuk meraih perhatian memandangkan dia merupakan seorang selebriti.

Dalam pada itu, sumber yang didakwa dari Istana itu juga memberitahu Baginda merasakan perkahwian dengan Rihana adalah satu kesilapan besar. Malah, sumber mengatakan dakwaan baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan adalah cerita karut.

Bulan lalu, Rihana turut memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya. Terdahulu, Rihana didakwa menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) berserta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Daily Mail UK & Instagram Rihana Oksana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: