07 November 2019

"KESIAN YUSOFF..." - SHAHIDA TARGET LAST BERSALIN SEBELUM 35, FOKUS BESARKAN ANAK


Isteri kepada usahawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa sebak apabila anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi tidak puas bermanja memandangkan bakal menerima adik tidak lama lagi. Malah, Shahida turut menjelaskan akan berhenti mengandung sebelum usia 35 tahun untuk memberikan fokus sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak.





"Yusoff happy bila dekat dgn mama..... kesian Yusoff x lama lagi nak adik, x puas nak manja... ramai2 anak ni yg paling dekat saya bersalin beza setahun je.... kenapa dekat?? Sebab saya dah target last saya akan bersalin sebelum umur saya 35 tahun... lepas ni nak fokus besarkan anak2 je......

"Malam2 sekarang Yusoff tidur dgn saya, nanti ada adik pun sama jugalah tidur sekali dgn adik dan mama..... sebab pagi2 wajib gomol dia sebab dia akan bangun dan terus senyum...... sambil sebut nak tengok na na na (didi & friend)," tulisnya yang kini berusia 34 tahun.

Terdahulu, Shahida dan suaminya telah berkahwin pada Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Datin Seri Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: