07 November 2019

GELAGAT JEBAT JAYDEN POTONG RAMBUT BUAT NETIZEN TAK KERUAN


Sekali lagi anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Jebat Jayden mencuri perhatian netizen dengan gelagat comelnya ketika rambutnya dipotong oleh tukang gunting rambut profesional. Menerusi satu posting di laman Instagram Nabila, dia memuatnaik beberapa gambar Jebat yang sedang menikmati gaya potongan rambut.





Malah gelagat Jebat yang leka bermain bedak sambil rambutnya dipotong oleh tukang gunting rambut tersebut itu telah mencuit hati netizen: "Gaya potongan rambut pertama oleh profesional untuk boss kecil ini," tulis Nabila ringkas sebagai kapsyen yang rata-rata netizen tidak keruan dengan gaya comel Jebat dan tidak kurang juga yang tertarik dengan kaedah Nabila menggunakan bedak untuk mengalih perhatian Jebat.

Untuk rekod, Jebat dilahirkan pada 30 Ogos 2018 hasil perkahwinan Sharnaaz dan Nabila yang didirikan pada 31 Mac 2017. Namun pada 31 Ogos lalu, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noor Nabila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: