07 November 2019

"KURANG SEBULAN DUE..... CONTRACTION" - WAWA MENARI BOLLYWOOD


"Sembilan bulan hamil, kurang lagi sebulan nak due. Nervous nya mak buyong. Kita hiburkan hati dulu. Walaupun tadi berkejar pergi klinik perut sakit sebab contraction. Duduk dulu baby please kat dalam tu. Banyak lagi kerja pending," tulis pelakon Wawa Zainal menerusi laman Instagram miliknya.





Bakal menimang cahaya mata ketiga dan kini sedang menanti detik untuk bersalin, Wawa sempat berkongsikan dimana dia mengalami kontraksi sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik. Difahamkan, kurang lagi sebulan sahaja lagi isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini bakal melahirkan bayi ketiganya itu. Menerusi perkongsian tersebut, Wawa turut memuat naik videonya sedang menari dengan memakai sari.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian para peminatnya yang mendoakan agar proses bersalin dan kelahiran dipermudahkan. Sebelum ini, Wawa dan Aeril sudah dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: