07 November 2019

SETAHUN 'GANGLION CYST' DI TAPAK KAKI - JULFEKAR JALANI PEMBEDAHAN BUANG


Suami kepada penyanyi Min Yasmin yang juga komposer, Julfekar terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu bagi membuang benjolan kecil (ganglion cyst) pada tapak kaki sebelah kiri.





Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 30, berkata suaminya itu membuat keputusan untuk membuang benjolan tersebut kerana berasa tidak selesa selepas hampir setahun menghidapnya: "Dia buat minor operation sahaja kerana pada bahagian tapak kaki ada ketumbuhan kecil. Sebenarnya dah dekat setahun benjolan tu ada di tapak kaki tapi sebab ia tak sakit, sebab itu dia biarkan sahaja.

"Tapi bila dah lama-lama benda itu semakin membesar dari bintat kecil sekarang dah besar duit 50 sen dan bila pakai kasut, buat rasa tak selesa kerana benda itu timbul lagi-lagi kalau berdiri lama. Lagipun bulan depan Abang Jul ada banyak shooting jadi dia rancang untuk buang awal supaya tak mengganggu kerja nanti," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, ganglion cyst adalah sejenis penyakit ketumbuhan benjolan kecil berbentuk cecair berdekatan sendi atau tendon pesakit. Tambah Min lagi, suaminya itu kini berada dalam keadaan baik namun dinasihatkan untuk berehat dalam sama dua minggu.

"Dua hari lepas kami jumpa doktor, ingatkan gumpalan lemak saja. Tapi lepas buat ultrasound, nampak dekat dalam tu ada seperti saluran darah dan air... rupa-rupanya itu adalah ganglion cyst. Buat masa ini keadaan Abang Jul baik-baik saja cuma dia masih mamai-mamai. Doktor nasihatkan untuk dia kurang berjalan dalam masa dua minggu," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Min Yasmin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: