07 November 2019

"SAYA BERANAK BUKAN UNTUK BAGI ORANG... SAYA AKAN PERTAHANKAN....." - ADIRA


"Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya. Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi.





"Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa," demikianlah kata penyanyi Adira Suhaimi yang mendedahkan dia akan tetap mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya andai ditakdirkan untuk berpisah dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40.

Bagaimanapun, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata, dia tidak akan sekali-kali memisahkan hubungan antara anak dan bapanya. Dalam pada itu, Adira enggan mengulas lanjut ketika disoal sekiranya dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya. Kata Adira, dia masih menghormati Datuk Red yang masih sah sebagai suaminya.

Klik untuk gambar besar


"Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses. Yang pasti, saya tak pernah menghalang dia dari berjumpa anak-anak. Lagipun dia masih lagi bergelar suami jadi tak semestinya bila saya nak bercerai, saya tak hormat dia. Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu bergaduh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita. Harap semuanya berjalan dengan lancar," jelasnya.

Mengenai keputusannya untuk meneruskan permohonan cerai terhadap suaminya pula, katanya, dia tetap dengan pendiriannya itu. Katanya, bukannya dia mahu bermain tarik tali kerana tetap dengan keputusan untuk meneruskan permohonan cerai terhadap suami seperti yang dilaporkan sebelum ini.



"Sebenarnya sudah lama saya turun dan naik mahkamah tetapi baru sekarang perkara ini dihidu ramai. Saya juga akan terima keputusan pihak mahkamah pada sebutan kes permohonan cerai ini pada Disember depan dengan hati tenang dan terbuka. Doakan yang baik-baik buat saya dan anak," tuturnya.

Ditanya sama ada dia sudah sedia dengan status janda pada usia muda, katanya, dia memang sudah biasa hidup berdikari sejak dulu: "Saya kuat dan tabah berdepan kemelut rumah tangga ini sebab anak. Merekalah sumber kekuatan saya sejak dulu. Saya juga tidak mahu ahli keluarga campur tangan kerana tidak mahu menyusahkan mereka dengan masalah rumah tangga".



Terdahulu, spekulasi mengenai perceraian Adira dan suaminya timbul apabila ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita diceraikan ketika hamil anak ketiga. Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pengawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Untuk makluman, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: