07 November 2019

TIZ KESAL DENGAN JIRAN: "PAKAI KOPIAH TAPI KESIAN ADAB TAKDE, ANGKUH"


Pelakon Tiz Zaqyah baru-baru ini telah meluahkan rasa berang dengan sikap jirannya yang angkuh dan mementingkan diri menerusi InstaStory miliknya. Dalam entri tersebut, Tiz berkata sebuah kereta milik jirannya diletakkan di hadapan rumahnya.





Menurut Tiz, dia baru sahaja berpindah masuk ke rumah barunya dan proses untuk memindahkan barang agak sukar apabila kereta jiran berkenaan menghalang laluan mereka. Lebih menyakitkan hati apabila bapa Tiz menegur jiran tersebut, individu berkenaan membalas pertanyaannya dengan angkuh sekali.

Macam-macam hal orang zaman sekarang. Hidup dalam berjiran sikap bertolak ansur sangat penting, mana tahu suatu hari nanti kita memerlukan bantuan antara satu sama lain. Tapi, memang sakit hati jika dapat jiran yang mementingkan diri. Apa pun diharap kita semua lebih peka dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi jika hidup berjiran.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Tiz Zaqyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: