12 November 2019

"HARAP ADE KEAJAIBAN ALLAH" - ANAK ALI PUTEH ALAMI KOMPLIKASI PARU-PARU


"Salam semua.. ni gambar pagi td sebelom adik Ainul operation.. kali pertama kami dpt bergambar satu family... kepada yg bertanyakan anak sy Ainul Mardhiah... jam 8 pagi td msuk operation dan selesai jam 8 malam td... 12 jam menunggu..





"Dengan rasa berat hati.. anak sy mengalami komplikasi pada paru2 die.. dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan... doctor dah cuba sedaya upaya.. semuanya bergantung pada bantuan pernafasan...

"Harapan ada sinar buat anak walid dan ibu.. harap ade keajaiban dari Allah yg Maha Esa.. doakan adik Ainul kuat...," demikianlah tulis pelawak Ali Puteh yang memaklumkan anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan selepas mengalami komplikasi pada paru-paru sebaik selepas menjalani pembedahan selama 12 jam berikutan masalah injap jantung terbalik pada Isnin.

Klik untuk gambar besar


Ali meluahkan perasaan sedih terhadap keadaan anak perempuannya itu menerusi laman Instagram miliknya. Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mendoakan agar anak Ali itu cepat sembuh. Difahamkan, Ainul kini masih dalam pemerhatian dan dirawat di Hospital Serdang.

Terdahulu, Ali mendedahkan bayinya ketika itu sedang bertarung nyawa akibat mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang. Sebelum ini, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, memberitahu anaknya dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Khilal, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pada hari kelima, bayi itu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang pada 12 Ogos lalu. Untuk makluman, Ali dan isterinya, Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia dua tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: