19 November 2019

INDIVIDU SAMAKAN RITA RUDAINI DENGAN SAJAT - PEMINAT LUAH GERAM


Menerusi laman Instagram, pelakon Rita Rudaini baru-baru ini ada memuatnaik fotonya di balkoni dan ia telah menerima komen dimana rata-rata netizen memuji kecantikan Rita yang persis seperti anak dara meskipun sudah memiliki dua cahaya mata. Namun begitu, ada juga yang komen tidak sedap didengar apabila seorang netizen menyamakan Rita dengan usahawan kosmetik dan penyanyi, Nur Sajat.





Komen itu sekaligus mengundang kemarahan dan kecaman netizen yang menyifatkan kenyataan individu itu sangat biadap. Tidak hanya berdiam diri, Rita dilihat membalas komen kurang sopan netizen tersebut. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Rita dan membidas komen individu berkenaan.

Geram dengan komen biadap tersebut, ramai netizen menyelar tindakan individu berkenaan dengan mengatakan bahawa jauh berbeza jika nak dibandingkan Rita dengan Sajat. Umum sedia maklum, sehingga kini status jantina Sajat masih lagi menjadi tanda tanya netizen.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: