19 November 2019

NAK 'GIVE UP', TAK ADA SEMANGAT MENYANYI - SHARUL AF KECEWA DENGAN INDUSTRI?


"Aku nak give up lah. Dah tak ada semangat nak teruskan menyanyi. Sejujurnya aku sedih dengan industri sekarang. Pilih followers daripada kualiti. Aku nak nyanyi sebab aku nak berkongsi (bakat) je. Aku tak minta pun disanjung. Aku tak minta pun nak anugerah aku cuma nak kongsi (bakat) yang Allah bagi ni. Aku sedih bila aku nak promo lagu dekat televisyen atau stesen radio jawapan yang diorang akan bagi selalunya 'ohh buat masa ni belum ada slot yang kosonglah nanti ada kita panggil'.





"Empat tahun aku hadap benda yang sama. Sakit doh dengan industri. Aku cuba positif dengan kata-kata murni daripada korang tapi entah lah, down doh serious down," demikian luah bekas finalis Akademi Fantasia 2015, Sharul Kamal yang mendedahkan bahawa dia sudah tidak mempunyai semangat lagi untuk meneruskan karier nyanyiannya dan berhasrat mahu mengundurkan diri menerusi status yang dimuatnaik di Twitter semalam.

Sharul atau nama penuhnya, Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 22, berkata, dia kecewa dengan industri hiburan yang disifatkan seperti tidak mahu memberi peluang buatnya menonjolkan bakat. Menurut Sharul lagi, dia juga sukar mendapatkan kerjasama dalam kalangan orang industri sepanjang empat tahun mencuba nasib dalam dunia nyanyian. Selain menyanyi, sebelum ini Sharul juga pernah mencuba nasib dalam dunia lakonan menerusi drama bersiri 'Senafas Rindu' dan 'Adam Chempaka'.

Status kekecewaan Sharul itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan rakan artis. Rata-rata mereka meminta agar pelantun lagu Cantik itu agar terus bertabah dan jangan berputus asa: "Sabar brother. Aku selalu di sini untuk kau. Bahkan, pengikut kau pun lagi ramai daripada aku. Chill brother. nanti lepak kita borak-borak okay," pujuk penyanyi Syamel di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharul Kamal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: