06 November 2019

ISTERI BERSYUKUR MAMAT KHALID SUDAH ADA SELERA MAKAN


Sejak seminggu lalu, pengarah filem popular, Mamat Khalid, 56, sudah dibenarkan keluar dari hospital dan kini berehat di rumah. Isterinya, Hasmah Hassan ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana Mamat kini sudah ada selera makan walaupun keadaannya masih lemah: Dia demam sikit, jadi kuranglah sikit makan".





Pada 12 Oktober lalu, Mamat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Ipoh, Perak, selepas mengadu sesak nafas. Namun, keesokannya tular foto Mamat terbaring dengan tiub dan wayar berselirat di badan hingga menyebabkan ramai beranggapan pengarah terkenal itu sakit teruk.

Hasmah berkata, dia berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan suaminya termasuk keprihatinan sahabat dalam industri hiburan yang menziarahinya di hospital. Sebelum jatuh sakit, Mamat dikatakan sibuk dengan urusan pra-produksi pembikinan filem terbarunya berjudul 'Enam'. Mamat turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019 menerusi filem 'Hantu Kak Limah', baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: