20 November 2019

ISU HAQIEM: "TAK PERNAH MINTA MAAF, SEBAB TU REZEKI AKU SEMPIT" - SHARUL AF


Jika anda masih ingat lagi, penyanyi Haqiem Rusli pernah mengundang kecaman ramai berhubung beberapa kontroversi yang dicetuskannya sendiri setahun yang lalu. Selain netizen, rakan selebriti termasuk bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sharul Kamal yang pernah menyuarakan pendangan dan kritikan terhadap Haqiem secara terbuka di media sosial.





Namun persengketaan antara mereka dilihat kembali pulih selepas Haqiem, 21, menyatakan dia sudah memaafkan semua pihak yang pernah menghinanya sebelum ini: "Benda dah lepas, lebih baik maafkan saja. Sebab kita buat silap, kenapa nak kena susahkan orang lain, baik senangkan kerja orang lain. Jadi perkara yang paling mulia adalah memaafkan.

"Tak kisah kita betul ataupun salah, tapi kalau kita memaafkan itu benda yang sangat mulia di sisi Allah. He used to be my bestfriend, tapi ada perkara yang berlaku hingga membuatkan kami berselisih faham," kata penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Sharul berkongsi mesej perbualannya bersama Haqiem di Twitter yang antara lain menyatakan permohonan maafnya kepada Haqiem: "Aku nak minta maaf, sebelum ini aku buat kau sakit hati. Aku tak pernah minta maaf, sebab tu rezeki aku sempit," tulis Sharul kepada Haqiem.

Berdasarkan perkongsiam itu, perbualan antara mereka wujud selepas Haqiem menghantar mesej peribadi kepada Sharul yang sebelum ini menyatakan sudah berputus asa daripada dunia seni. Mengulas mengenai pendirian yang dinyatakan Sharul, Haqiem berkata dia terpanggil untuk memberi sokongan kepada rakannya itu agar terus berusaha jika mahu mencapai kejayaan: "Apabila saya ternampak tweet Sharul, saya sebagai orang pernah rapat dengan dia takkan nak biar saja dia macam tu? At least, bagi sikit kata-kata semangat untuk dia".

Selain itu, Haqiem berpandangan bahawa setiap individu yang menjejakkan kaki ke industri hiburan perlu cekal kerana mereka tidak dapat memuaskan hati semua pihak: "Sebenarnya apabila jadi artis ni kita hidup dalam kebencian orang, kita hidup dalam kepujian orang. Orang lain tak tahu apa yang kami rasa. Mereka hanya boleh mengecam, jadi keyboard warrior, sebab mereka tak ada kat tempat kami. Jadi kebanyakan daripad mereka, menilai tanpa selidik apa yang berlaku," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sharul Kamal & Haqiem Rusli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: