20 November 2019

DIKATA SIBUK, NAIK 'HARGA': "KENAPA TAK TANYA... BUAT ANDAIAN SENDIRI" - FIZZ DIHUJANI 'JOB'


Sebelum ini, isterinya, pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan sudah tiga bulan suaminya tidak mendapat tawaran berlakon, kini pelakon Datuk Fizz Fairuz dihujani panggilan daripada pengarah dan penerbit yang berminat menawarkannya berlakon selepas berita itu tular. Fizz yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Anugerah Skrin (ASK) 2019 ini berkata, kebanyakan individu yang menawarkan dirinya 'job' menyangka dia sibuk dengan projek penggambaran drama dan filem.





"Tak fahamlah... Kenapa tak tanya saya? Alhamdulillah... Ada penerbit dan pengarah bertanya benarkah saya tidak ada tawaran berlakon. Mereka beritahu setiap kali bertanya mengenai saya, saya dikatakan sibuk dengan penggambaran. Saya dapat tahu, ada juga yang beritahu konon saya sudah naik 'harga', lagi-lagi selepas menang trofi ASK 2019. Saya tak faham kenapa orang yang bertanya tidak bercakap terus dengan saya? Kemudian buat andaian sendiri pula," katanya.

Minggu lalu, Almy memua naik foto Fizz sedang menonton televisyen (TV) di laman Instagram, diiringi keterangan gambar bahawa suaminya sudah tiga bulan tidak berlakon. Almy mendakwa, segelintir syarikat produksi seolah-olah tidak berani mengambil Fizz berlakon kerana bayarannya terlalu mahal. Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis seperti Nad Zainal dan Emelda Rosmila yang meninggalkan komen.

Klik untuk gambar besar


Fizz berkata, sejak dahulu lagi, biarpun sudah memenangi pelbagai trofi, dia sangat fleksibel mengenai kadar bayaran. Tambahnya, dia bersikap terbuka dan tidak pernah meletak harga melebihi RM3,000 bagi setiap episod: "Selama saya menang anugerah, nilai bayaran masih sama. Saya adalah anak seni yang bertimbang rasa. Tidak pernah lagi saya letak kadar RM3,000 bagi satu episod. Terpulang kepada budi bicara penerbit. Jika mereka menawarkan harga yang terlalu rendah, saya akan minta naik sikit".

Namun, kata Fizz, dia tidak faham kenapa pelakon baharu dibayar dengan kadar harga tinggi. Fizz bagaimanapun bersikap positif berdepan situasi kurang ditawarkan peluang berlakon: "Benar pelakon terbabit ada pengikut yang ramai di laman sosial, tetapi hasilnya 'kayu' (lakonan kaku). Mungkin Allah mahu saya berehat, buat perkara lain dan meluangkan masa lebih lama dengan keluarga.” katanya yang masih sibuk dengan tawaran menjadi pengacara majlis dan tugasan lain".


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: