19 November 2019

AMMAR KONGSI MOMEN BERSAMA SHARNAAZ: "TUHAN TAHU KAMI BOLEH TERIMA UJIAN INI"


Pelakon Ammar Alfian baru-baru ini telah berkongsi kisah perjalanan dia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad dimana mereka melalui situasi dan kemelut yang hampir sama. Menerusi satu posting di laman Instagramnya, Ammar menjelaskan yang dia mula mengenali Sharnaaz sejak 2008 ketika berlakon sebagai kawan baik dalam dalam drama bersiri 'Tari Tirana'. Jelasnya, hubungan mereka kemudian menjadi rapat seperti adik beradik. Tambah Ammar, kedua-duanya juga telah melalui situasi yang sama dalam kehidupan peribadi mereka.





"Kami telah lalui jatuh bangun dalam industri. Dibuang dan dipergunakan tapi kami masih berdiri, masih lawan. Tapi Allah tahu kami adalah fighter dan survivors. Tuhan tahu kami boleh terima kesakitan dan ujian ini. Aku sentiasa ada untuk kau dan sebaliknya. Goodluck untuk filem baru kamu dan selepas itu, kita jumpa di Jeb The Movie dan Paskal 2. Kita tunjuk siapa kita sebenarnya".

Sehingga kini posting tersebut telah menerima 13,607 likes. Untuk rekod, Ammar dan isterinya, Nelissa Neezam telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016. Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan. Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.

Bagi Sharnaaz pula, dia dan Noor Nabila Mohd Noor berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Nabila Mohd Noor kemudian mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu pada 31 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ammar Alfian & Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: