09 November 2019

ISU VAPE: "LELAKI BOLEH... TIADA HALANGAN UNTUK PEREMPUAN" - AZAR AZMI


Pelakon Azar Azmi yang meningkat naik selepas membintangi drama 'Nur 2' itu bagaimanapun baru-baru ini namanya menjadi bualan ramai dan dikecam teruk apabila memuatnaik videonya sedang menghisap vape. Difahamkan, video tersebut adalah untuk mempromosikan perniagaan rokok elektronik yang diusahakannya.





Menurut Azar, perniagaan rokok elektronik itu bukan disebabkan 'trend' masa kini dan tiada halangan untuk wanita melakukannya meskipun perniagaan itu didominasi oleh kaum lelaki. Jelas Azar, perempuan juga mampu untuk melakukan perkara sama seperti lelaki namun ia terpulang kepada individu tersebut, selagi ianya tidak melampaui batas seperti menipu, aniaya, mencuri atau pun mencaci.

"Semua orang ada cara hidup tersendiri. Bagi saya, perkara ini normal kerana ramai orang yang hisap shisha sama seperti vape. Ini adalah perniagaan saya. Pada saya ia bukan disebabkan 'trend' kerana mentaliti saya berbeza dengan orang lain.

"Kalau lelaki boleh buat, tiada halangan untuk perempuan juga lakukan perkara yang sama. Ia terpulang kepada individu tersebut sebenarnya, selagi dia tidak melakukan perkara yang jahat seperti menipu, aniaya, mencuri dan mencaci," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Azar berkata dia tidak dapat menghalang orang daripada memberi pendapat mereka tersendiri mengenai isu berkenaan. Malah, Azar turut menyifatkan komen negatif itu perkara yang bagus: "Masa penggambaran dilakukan memang saya berani mati. Sekali cuba sedap pulak perisa dia. Dah dapat sekali, dia nak dua dan nak lagi.

"Komen negatif itu bagus, saya suka baca. Mulut orang kita tidak boleh tutup, percakapan mereka tidak boleh dihalang. Dari 10 kebaikan, orang lebih nampak 1 keburukan. Apa pun, kaji dan selidik dulu, jangan anggap setiap perbuatan orang tersebut tidak baik," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, difahamkan video tersebut sudah pun dipadamkan daripada akaun Instagram Azar. Mungkin banyak sangat kecaman diterima daripada netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum, Instagram Azar Azmi & @juitajuice


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: