09 November 2019

DEDAH DITAWAR MASUK GV - NOURUL AKUI TOLAK, MAHU JAGA EKSKLUSITIVI


"Saya lebih suka menjadi eksklusif contohnya seperti diundang membuat persembahan dan pada pendapat saya, eksklusivititi tu memang perlu ada pada seseorang artis. Kalau masa kita nak mula menyanyi, kita masuk mana-mana pertandingan tu tak mengapa. Tapi kalau seseorang penyanyi tu dah ada album lagu, dah menang anugerah, itu tandanya dia telah mencapai sesuatu kejayaan.





"Pada saya, seseorang penyanyi itu perlu ada nilai bakat dan standard sebelum masuk mana-mana pertandingan. Bakat yang ada bila dipertandingkan, adakah ia akan menaikkan nilai atau menjatuhkan lagi," demikian kata penyanyi Nourul Depp yang mendedahkan pernah menerima tawaran memasuki program Gegar Vaganza (GV) namun terpaksa menolak kerana pelbagai sebab.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 42, dia masih menerima tawaran membuat persembahan sambil sibuk menjaga anaknya yang kini berusia enam bulan menyebabkan dia tidak mahu mengambil sebarang komitmen yang terlalu lama.

Klik untuk gambar besar


Namun bagi Nourul, program GV memang bagus sebagai platform generasi muda lebih mengenali seseorang penyanyi. Malah, dia turut menyokong penyanyi-penyanyi lama seangkatan dengannya yang menyertai GV2019: "Boleh kalau seseorang penyanyi itu nak menyertai sebarang pertandingan.

"Contoh macam kalau dia telah menyepi terlalu lama dan nak buat kemunculan kembali, pertandingan seperti GV merupakan satu platform terbaik. Untuk GV2019, saya sokong Nurfatima dan Sham Visa kerana saya tahu mereka menyanyi dengan cukup bagus," ujarnya lagi.

Penyanyi lagu 'Kerana Terluka' itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3. Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang berusia 20 tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: