06 November 2019
KES SHARNAAZ & NOOR NABILA BERLANJUTAN, TIADA RUANG BERDAMAI
Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur menetapkan tarikh 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam). Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai jalan penyelesaian bagi masalah mereka dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.
Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Aktara Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 dimana mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu rumah tangga Sharnaaz dan Nabila. Sementara itu, peguam yang mewaikili Sharnaaz memberitahu pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah agar masing-masing dapat hidup aman damai.
"Keputusan hari ini, mahkamah menetapkan pelantikan hakam bagi menyelesaikan semua isu dan mencari jalan terbaik. Kita ada peruntukan undang-undang untuk merujuk kes ini ke hakam pula. Dua-dua pihak ada alasan masing-masing dan kalau tiada penyelesaian mereka ada hak untuk bawa ke peringkat seterusnya iaitu hakam. Kita sekarang ini dalam usaha nak selesaikan semuanya secara terbaik supaya masing-masing hidup aman dan damai," katanya.
Sementara itu, Sharnaaz melahirkan rasa syukur kerana sebutan kes semula bersama isterinya berjalan dengan lancar. Bagaimanapun, Sharnaaz enggan mengulas lebih lanjut dan menyerahkan kepada wakil peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan: "Saya serahkan kepada peguam saya untuk menerangkan rumusan kes sebutan semula pada hari ini. Alhamdulillah saya rasa semuanya berjalan dengan lancar," jawabnya dengan ringkas.
Klik untuk gambar besar
Prosiding itu berlangsung secara tertutup. Dalam prosiding terbabit, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz manakala peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Nabila. Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya manakala Nabila yang juga kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan.
Dalam pada itu, mahkamah turut menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula permohonan nusyuz dan melantik hakam selepas jawatankuasa pendamai (JKP) tidak berjaya. Perlantikan JKP itu adalah susulan daripada Sharnaaz yang tidak bersetuju dengan tuntutan penceraian Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Namun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu. Pada 13 September lalu, Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak penjagaan sementara anak) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment