26 November 2019

LAN JELAS IBU SAUDARA ISTERI YANG MENINGGAL, BUKAN IBU KANDUNGNYA


Takziah kami ucapkan kepada keluarga penyanyi Lan Solo atas pemergian ibu saudara kepada isterinya, Nur Sheila Hassim, Rosiyah Mad Ali yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.05 petang kelmarin di Hospital Serdang dan telah dikebumikan pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong. Berita sedih tersebut dikongsikan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof menerusi laman Instagram miliknya.





"Assalamualaikum.... drpd Allah kita dtg, n kpd Nya kita kembali. Dukacita dimaklumkan bahawa mama Rosiyah Mad Ali telah kembali kerahmatullah pd jam 6.05 ptg sebentar td. Arwah buat masa ni di hospital Serdang lg dan dlm proses utk dibawa balik ke rumahnya di Puchong Lot 144B, Lorong Berkat 5, Kg Seri Aman, 47100, Puchong mlm ni selepas semua urusan hospital selesai. Akan dikebumikan esok (semalam) pg jam 10 di tanah perkuburan Islam Puchong Bt 14. Semoga arwah dikasihi Allah ngan prngampunanNya....Aaamiiinnn ....," tulisnya.

Bagaimanapun ramai yang salah anggap dengan menyangkakan ibu kepada Lan yang meninggal apabila penyanyi itu membahasakan 'Mama' kepada ibu saudara isterinya. Enggan ia terus menjadi salah anggap, Lan telah menjelaskan bahawa 'Mama' yang meninggal dunia seperti dikongsikannya semalam bukanlah ibu kandungnya, sebaliknya ibu saudara isterinya. Menurut Lan, Allahyarhamah Rosiyah menetap serta dijaga oleh dia dan isteri sejak 10 tahun lalu dan pemergiannya satu kehilangan besar buatnya sekeluarga.

Klik untuk gambar besar


"Saya panggilnya Mama kerana dia sangat rapat dengan kami sekeluarga terutamanya Sheila. Sebelum kahwin pun, Sheila memang rapat dengan arwah. Setiap kali Sheila sakit atau bersalin, Mama yang akan jaga dan luangkan banyak masa," katanya.

Katanya, Rosiyah sebelum ini berada dalam keadaan baik sebelum diserang angin ahmar pada Isnin minggu lalu: "Pada hari kedua, dia diserang angin ahmar, mengakibatkan separuh badannya tidak dapat berfungsi. Pada hari kedua, dia sekali lagi diserang angin ahmar dan kali ini, doktor sahkan dia diserang angin ahmar. Doktor cuba menggunakan bantuan mesin, namun doktor maklumkan bahawa otaknya sudah 95 peratus rosak".






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Lan Solo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: