30 November 2019

MENGANGGUR 7 BULAN KERANA 'BERSUARA' - JALIL HAMID KINI KEMBALI BERLAKON


Pelakon senior, Jalil Hamid mengakui hampir tujuh bulan terpaksa menganggur kerana tidak menerima sebarang tawaran berlakon, sejak dirinya berani bersuara mengenai isu bayaran. Sebelum ini, Jalil rasa terhina dengan bayaran RM1,500 sebagai watak utama dalam drama. Bagaimanapun, Jalil berkata apa yang disuarakannya itu adalah satu tindakan wajar kerana bayaran untuk pelakon lama tidak patut diperlekehkan.





"Walaupun isu bayaran untuk pelakon lama seperti saya sudah banyak kali disuarakan tetapi hingga kini masih tidak nampak perubahan. Bukan saya seorang yang bersuara tetapi ramai juga pelakon lama meluahkan perkara sama, namun situasi tetap sama. Alasannya, pelakon popular perlu dibayar mahal manakala pelakon 'tak berapa ada' seperti saya kena bersedia terima bayaran murah," katanya.

Dalam pada itu, Jalil berkata antara alasan lain yang diberikan oleh pihak penerbit mengapa bayaran untuk pelakon senior murah adalah kerana stesen TV membayar murah drama dihasilkan: Kata mereka (penerbit), harga dibayar stesen TV masih sama seperti dulu sejak drama diswastakan pada 1986. Keuntungan diperoleh kurang. Jadi bayaran tetap murah kerana mengambil kira faktor tertentu".

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Jalil Hamid meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah syarikat produksi yang memberi bayaran murah kepada pelakon senior sedangkan sanggup berhabis puluhan ribu untuk bakat baru kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.

Selama empat dekad bergiat aktif sebagai pelakon, Jalil sudah menerima lapan anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1992. Jalil tidak hanya dikenali sebagai pelakon berwatak berat, tetapi juga sinonim sebagai pelawak dan penyanyi.

Terbaru, Jalil kini menjalani penggambaran drama 24 episod berjudul 'Rindu Yang Terlarang' lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson. Antara filem dan drama lakonan Jalil ialah 'Wanita Bertudung Hitam', 'Zombi Kampung Pisang', 'Bisik Pada Langit', 'Darling Sayang' dan 'Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung'.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: