10 November 2019

"MEREKA HABISKAN DUIT AKAUN KITA..." - WANY HAMPIR JADI MANGSA 'SCAMMER'


Berkongsi pengalaman mencemaskan apabila hampir menjadi mangsa penjenayah siber yang cuba memindahkan sejumlah wang dari akaun bank miliknya, penyanyi wany Hasrita memberitahu, sebelum kejadian, dia dihubungi oleh seorang individu yang tidak dikenali meminta bantuannya sehinggalah dia menerima mesej daripada bank memaklumkan ada transaksi di akaun miliknya.





"Mula-mula dapat WhatSapp 'Hai encik, saya nak minta tolong, urgent!'. Biasanya saya nombor tak dikenali dan tengok gambar tak kenal saya terus block (sekat). Dapat pula WhatSapp call dari nombor yang tak dikenali, saya tak angkat. Dia mesej pula dan cakap 'salam'. Saya block juga.

"Lepas itu, saya dapat panggilan... saya angkat, dia cakap dia nak minta tolong sebab tersalah masukkan nombor telfon untuk bayar pinjaman pendidikan (PTPTN) dia... terus saya letak sebab dah rasa lain macam! Pada masa sama saya dapat mesej kod pengesahan (transaksi (TAC) dari bank," katanya.

Penyanyi lagu 'Terlalu Memuja' ini berkongsi mengenai taktik penipuan itu menerusi InstaStory pada Sabtu. Menyangkakan percubaan individu tersebut gagal, wany mendaftar masuk ke akaun bank miliknya namun sesuatu mengejutkan apabila terdapat pembayaran sebanyak RM1,850 ke atas akaun Unifi miliknya.

Klik untuk gambar besar


Tanpa membuang masa, dia segera menghubungi pusat bantuan bank berkenaan bagi melaporkan mengenai perkara tersebut: "Lepas tu saya terus masuk Maybank2U guna apps macam biasa, dia tak boleh kesan dah. Saya terus call bank sambil tu cuba log in macam biasa nak tukar password. Tak sempat tukar, tiba-tiba saya dapat mesej ni!

"Ewah banyaknya bayar Unifi tu! Terus orang customer service tu reset balik semua. Terima kasih abang Maybank, tolong buatkan sekali laporan kat Unifi. Sebab bila mereka tak dapat TAC nombor daripada kita, mereka marah. Lepas itu mereka habiskan duit dalam akaun kita, macam mana nak habiskan? Mereka transfer dekat akaun favorite (kegemaran) yang tak perlukan nombor TAC tu," ujarnya.

Dalam pada itu, Wany meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan sebarang cubaan penipuan atas talian: "Korang semua hati-hati ya, bila dapat panggilan macam tu terus letak, kemudian kata laluan (password) sebab mereka dah boleh akses kita punya akaun... atau terus telefon customer servce. Kalau boleh akaun favorite yang tak perlu TAC tu tak payahlah buat sekali dengan bil macam saya, yang dipercayai sahaja okay. Yang sedih tu, yang telefon dan WhatSapp tu semua Melayu!" ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wany Hasrita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: