25 November 2019

"MUHAMMAD MINI FARID..." - DIANA TAK GALAKAN ANAKNYA TERUS AKTIF BERLAKON


Mendedahkan anak lelakinya, Muhammad berkongsi minat yang sama dengan suaminya yang juga pelakon, Datuk Farid Kamil, aktres, Datin Diana Danielle menjelaskan yang disebabkan dia melihat Muhammad minat ke arah permotoran justeru membenarkannya berlakon dalam filem 'Remp-It 2'.





"Muhammad memang mini Farid.. Minat dia terhadap motosikal sangat mendalam. Kalau orang lain main motorcross satu jam, dia akan main sampai empat jam. Dia memang mat moto sebenarnya. Kami masukkan dia dalam filem itu selepas tengok minat dia dan kami tak pernah paksa. Kalau dia tak minat motor, mungkin dia takkan ada dalam filem itu. Tapi disebabkan dia suka, jadi dia ada semangat untuk berlakon," katanya.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu 2 ini, dia tidak menggalakan anak lelakinya terus aktif berlakon kerana khuatir lalai apabila sudah mempunyai wang daripada hasil titik peluh sendiri: "Benda macam ni terlalu muda untuk dia faham. Saya nak dia 'relax' dahulu.

"Kalau saya rasakan ia sesuai, baru saya akan terima. Bukan tidak benarkan berlakon, cuma saya tidak mahu jika perkara ini boleh melalaikan dia. Budak-budak kalau dia dah dapat merasa duit sendiri dan rasa berlakon dalam filem, dia akan terlupa apa yang lebih penting dalam hidup," ujarnya lagi.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Diana Danielle & @chemad7


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: