05 November 2019

NABILA HUDA MUATNAIK VIDEO LANTANG BIDAS TEGURAN PU SYED


"Tak payah nak la buat write up tulis kat Twitter. Nak buat apa? Nak glamour? Nak nama you naik? You nak tunjuk kat semua orang yang you are God? Why? Lepas tu tak payah la nak sebut pasal selebriti. Aku paling pantang betul lah. Bila orang sikit-sikit nak sebut pasal selebriti. Selebriti bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke?," demikianlah kata pelakon Nabila Huda menerusi sebuah video yag dimuatnaiknya di laman Instagram.





Nabila atau lebih mesra diasapa Abil, mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU) Syed menegur perlakuannya secara terbuka di media sosial, sedangkan dia boleh berdepan untuk menasihati kesilapannya. Dalam rakaman video tersebut, Nabila turut berkata PU Syed juga tidak sepatutnya menganggap, tindakannya bergambar dengan anjing jenis Husky ketika bercuti di New Zealand, baru-baru ini seperti sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti.

"Dia tahu di mana boleh berjumpa saya, tetapi mengapa perlu membuat teguran secara terbuka di laman sosial? Untuk apa dia berbuat begitu? Untuk popular? Adakah sudah menjadi aliran sekarang, apabila timbul sesuatu isu, semua orang perlu diberitahu. Tidak perlu membuat kenyataan di laman sosial untuk semua orang baca. Cara itu seolah-olah menampakkan saya ini jahat. Ia juga boleh menimbulkan fitnah apabila mengheret orang lain sama dalam masalah itu. Kenapa perlu ada macam ini? Kalau betul ikhlas nak menegur, datang dan nasihat saya secara berdepan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon filem 'Munafik' itu berkata, dia juga terkilan apabila PU Syed seolah-olah melihat golongan selebriti sebagai kelompok manusia yang membawa pengaruh tidak baik kepada masyarakat: "Dia ada membuat kenyataan, perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti. Saya mahu tahu, perbuatan apa? Cara dia bercakap seolah-olah selebriti selalu membuat masalah.

"Saya paling pantang apabila selebriti membuat kesilapan, semua selebriti lain akan terpalit sama. Selebriti itu bukan manusia ke? Tak pernah buat dosa ke? Saya tahu, saya juga banyak dosa dan bukan baik sangat. Kalau PU Syed rasa perbuatan saya itu salah, jangan buat. Saya bukan mahu mencari kontroversi, sebaliknya cuma berkongsi keseronokan ketika bercuti dan bukan bertujuan mempengaruhi orang lain berbuat perkara tidak baik," tuturnya.



Nabila berkata, orang luar tidak sewajarnya menggunakan alasan memberikan teguran untuk menegakkan perbuatan mereka dengan sewenang-wenangnya menghukum orang lain: "Berhenti menggunakan media sosial untuk menjatuhkan orang lain. Itu sudah dikira berdosa kerana ia mengundang pelbagai andaian negatif orang lain terhadap saya".

Sementara itu, PU Syed menerusi muatnaik di Instagram berkata, jika sesuatu perkara boleh mengundang aib, lebih baik muatnaik yang dibuat dibuang supaya tidak mendatangkan fitnah kepada diri dan agama: "Kami menegur bukan kerana mahu popular, tetapi ia tanggungjawab. Kalau popular yang dicari, lebih baik kami mengampu sahaja".

Perkongsian Abil itu sekaligus mengundang kecaman netizen dimana rata-rata mereka menyifatkan anak kepada penyanyi Amy Search itu tidak boleh menerima teguran. Bagaimanapun, Abil menyarankan pengikut boleh unfollow jika tidak suka. Terdahulu, Nabila jelaskan niatnya hanya untuk berkongsi kegembiraan serta menunjukkan rasa kasih sayang terhadap haiwan. Ujarnya lagi, isu tersebut tidak harus diperbesarkan kerana ada perkara lain yang perlu dipandang serius.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita harian, Beautifulnara & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: