05 November 2019

TAJAAN MAJLIS PERKAHWINAN - SARAH HILDEBRAND NAFI TOLAK


Dakwaan menolak tajaan untuk majlis perkahwinan seperti diperkatakan segelintir pihak ketika ini bagaimanapun telah dinafikan oleh pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand. Menurut Sarah, dia memang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berminat menaja majlis resepsinya yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan.





"Siapa kata saya menolak tajaan? Memang majlis pernikahan saya serba sederhana kerana mahu melaksanakan perkara wajib dan hanya untuk keluarga terdekat. Namun, bagi majlis resepsi pula saya memang terbuka untuk tajaan daripada mana-mana pihak yang berminat mahu bekerjasama nanti," katanya.

Mengulas mengenai tajaan lagi, katanya, setakat ini, memang ada beberapa pihak yang berminat untuk menaja majlis resepsinya itu tetapi ia belum diputuskan lagi: "Jika ada pihak yang berminat untuk menaja atau bekerjasama pada hari bersejarah saya nanti, boleh berhubung dengan pihak pengurusan".

Klik untuk gambar besar


Ditanya majlis resepsi pula, katanya, pihaknya akan melantik perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis terbabit: "Pihak kami masih mencari lokasi atau dewan perkahwinan yang sesuai untuk majlis resepsi nanti. Jika ada pihak yang berminat untuk menaja lokasi majlis resepsi boleh berhubung dengan pengurusan saya dengan segera".

Bagaimanapun, kata Sarah, dia tidak merancang untuk mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran atau 'Wedding Of The Year' seperti segelintir artis: "Jika nak diikutkan, ahli keluarga mahu mengadakan majlis resepsi di kediaman nenek di Lembah Keramat. Namun, saya mahu mencari dewan perkahwinan yang boleh menampung lebih ramai tetamu termasuk rakan artis serta penggiat seni untuk sama-sama meraikan hari bersejarah kami".






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Sarah Hildebrand, Otto Gillen & Arbi Hashim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: