14 November 2019

PERMOHONAN CERAI - ADIRA TARIK BALIK DEMI ANAK-ANAK?


Menerusi ruangan Instastories pagi tadi, suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red telah memuatnaik paparan skrin perbualan bersama seorang individu. Dalam paparan tersebut, Adira bakal menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya itu: "Adira nak tarik balik perceraian itu. Adira rasa untuk anak-anak Adira tak nak cerai," tulisnya bersama kapsyen Alhamdulillah.





Namun, kini nampaknya perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan lagi dan berkemungkinan pasangan ini sedang dalam proses untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik. Bulan lalu, kecoh dengan berita pergolakan rumah tangga Adira dan Datuk Red apabila penyanyi itu memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gomba Barat, Rawang pada 1 April lalu.

Lama memendam perasaan, Adira ketika itu tegas dengan pendiriannya untuk berpisah. Bagaimanapun, Datuk Red berkata dia enggan berpisah dan ingin terus mempertahankan rumah tangga mereka. Dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya dan akan menggunakan peluang yang ada untuk menambat hati Adira semula.

Untuk makluman, pasangan itu delah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Jika berita ini benar, syukurlah pasangan ini sudah cuba toleransi dan menyelesaikan masalah mereka. Apa-apa pun, kita tunggu kenyataan rasmi daripada Adira.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak, Instagram Datuk Red & Adira Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: