14 November 2019

MUATNAIK VIDEO MAKAN MALAM - PERSOALAN STATUS INTAN NAJUWA & TUNANG TERJAWAB


Nampaknya persoalan berhubung status hubungan antara Intan Najuwa dan tunangnya, Razrul Anwar Rusli akhirnya terjawab selepas aktres itu memuatnaik rakaman video bersama tunangnya selepas tular foto mesra bersama aktor Zul Ariffin sejak Khamis.





Menerusi Instagram Stories miliknya, Intan dan Razrul kelihatan mesra seolah isu panas itu tidak memberi kesan terhadap hubungan mereka. Pelakon drama 'Setelah Aku Dimiliki' itu bergurau dengan menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam: "B you bukan nak diet ke," katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, hasil pemerhatian di laman Instagram (IG) Intan mendapati foto ketika majlis pertunangan telah dikongsi di ruangan entri. Terdahulu, Intan telah 'archive' beberapa keping foto bersama tunangnya. Tindakannya itu telah menimbulkan spekulasi netizen dengan mengatakan hubungan mereka sedang diambang pergolakan.

Foto yang tular itu dilakukan ketika mereka dalam proses penggambaran drama 'Setelah Ku Dimiliki'. Namun pengarahnya, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama. Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak membuat teguran terbuka kerana dilihat tidak senonoh dan dinasihatkan untuk bernikah jika hendak melakukan perkara seperti itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: