14 November 2019

"DIA GUNA RIBUAN RINGGIT..." - AIMAN TINO TAK SANGKA KAWAN BAIK TIKAM BELAKANG


"Kejadian itu berlaku tahun ini dan kalau ingat balik memang sakit. Kami sudah berkawan sejak sekolah rendah, tidak sangka dia sanggup tikam saya daripada belakang. Dia guna ribuan ringgit wang dalam akaun saya tanpa pengetahuan. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh dapat Nombor Pengenalan Peribadi (PIN), mungkin dia nampak ketika saya gunakan kad sewaktu mengisi minyak kereta.





"Saya perasan duit dalam bank semakin berkurangan dan tidak pernah mengesyaki apa-apa. Sehinggalah suatu hari tu, saya bangun dari tidur saya nampak dia nak keluar. Dia kata nak keluar jumpa kawan, saya tak sedap hati dan tergerak nak tengok dompet. Saya terkejut bila mendapati kad ATM tak ada.

"Saya tunggu dia balik tapi saya tidak bertanya apa-apa kepadanya dan dia mula resah. Agaknya dia tidak tahu macam mana nak letak balik kad tu dalam dompet saya. Saya cerita kepada mak dan ayah. Kami ke rumah dia dan ceritakan semua kepada bapanya. Tidak mahu memanjangkan cerita bapa dia bayar balik duit saya yang anak dia dah ambik.

"Macam mana dia tahu nombor pin kad ATM saya, mungkin selama ini dia nampak setiap kali saya keluarkan wang. Mungkin la kan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati bersahabat. Bukan tak percaya tetapi saya serik... Kawan yang saya kenal sejak sekolah rendah, saya percaya pun... boleh buat macam tu," demikianlah cerita penyanyi Aiman Tino yang mengakui serik untuk meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang lain selepas ditipu sahabat baik sendiri dan tak sangka kawan baik sanggup 'tikam belakang'.

Aiman berkata, dia tidak menyangka sahabat yang dikenali sejak sekolah rendah itu sanggup mencuri wang miliknya sehingga mencecah ribuan ringgit. Kata Aiman, pelaku tersebut mengeluarkan wang menggunakan kad ATM tanpa pengetahuannya beberapa kali. Tambah Aiman dia hanya menyedari perkara tersebut selepas berasa tidak sedap hati apabila pelaku tiba-tiba memberi alasan mahu keluar dari rumah untuk berjumpa kawan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun kata Aiman, perkara tersebut diselesaikan dengan baik dan pelaku sudah pun membayar kesemua wang yang diambilnya. Bagaimanapun kata Aiman dia telah memaafkan perbuatan sahabatnya itu dan tidak menyimpan dendam. Kejadian itu mengajar Aiman supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya pada sesiapa kerana bimbang perkara sama berulang kembali.

Dalam perkembangan baru, Aiman telah pun melancarkan single terbaru berjudul 'Benci' dan album Anugerah Terbaik. Muzik video 'Benci' turut telah dilancarkan pada pukul 4 petang semalam di laman sosial Youtube Aries Music dan ia telah ditonton sebanyak 62 ribu kali selepas lapan jam dimuatnaik.

Aiman mengakui lagu baharunya itu berkait rapat dengan dirinya yang pernah dikhianati oleh rakan baik. Aiman bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu berkenaan kerana ia adalah pengalaman perit apatah lagi dilakukan oleh individu yang dipercayainya. Dalam masa sama, Aiman berharap lagu 'Benci' dapat mengembalikan popularitinya sama seperti ketika awal kemunculan tiga tahun lalu.

"Bercakap mengenai lagu baharunya, Aiman berharap karya itu dapat mengembalikan popularitinya sama seperti ketika awal kemunculan tiga tahun lalu: "Lagu Benci ini boleh dikaitkan dalam apa saja situasi sama ada kawan tikam belakang atau cinta dikhianati. Tetapi, untuk klip lagu saya pilih cinta sebab ia lebih mudah untuk dilakonkan. Saya harap lagu ini diterima ramai selepas lama menyepikan diri".

Sementara itu, album Anugerah Terbaik mengandungi Sembilan buah lagu termasuk single 'Benci' dan satu lagu bonus yang belum pernah diedarkan berjudul 'Dendam Simpati'. Bagaimanapun album penuh itu tidak dijual di mana-mana outlet sebaliknya boleh dimiliki secara tempahan di laman sesawang dailymotion.com/aries-music atau maklumat lanjut mengenainya di laman sosial Facebook @Aries Music Production atau Instagram @ariesmusicpro. Album Anugerah Terbaik dijual dengan harga RM32.90 sekeping dan 500 tempahan terawal akan diberikan harga diskaun RM29.90.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: