14 November 2019

JANDA ANAK SATU & LAMARAN EZAD - SITI NORDIANA TAK SANGKA DIPANDANG SERIUS


Kenyataan yang diberikan mengenai dirinya janda anak satu dan Ezad Lazim mengajaknya bernikah, penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu tidak menyangka ada pihak memandang serius. Katanya sewaktu dihubungi, dia sendiri tidak menyedari kenyataannya itu hangat diperkatakan sehingga menjadi bahan perbincangan stesen radio Hot FM, memandangkan dia sibuk dengan penggambaran drama bersiri 'Satukan Rasa'.





"Lamaran dibuat Ezad Lazim ini sebenarnya hanyalah gurauan. Saya dengan Ezad memang kuat bergurau sejak kami sama-sama masuk Gegar Vaganza musim kedua lagi. Mereka yang mengikuti lamaran dibuat Ezad dalam laman sosial ini pun tahu yang ia hanyalah gurauan. Malah isteri merangkap pengurus Ezad, Zeana juga turut sertai gurauan kami. Dia dah faham sangat dan tidak kisah," katanya.

Mengenai kenyataannya mengenai lelaki dan keluarga mereka mahu menerima wanita bergelar janda beranak satu seperti dirinya, kata Nana, ia bukan kerana mahu menarik perhatian, sebaliknya satu hakikat: "Betullah seperti apa saya katakan sebelum ini, adakah keluarga lelaki mahu terima ibu tunggal yang sudah ada anak. Adakah mereka sanggup memikul tanggungjawab?".

Klik untuk gambar besar


Sebagai seorang wanita yang matang katanya, apabila hendak memikirkan soal berumahtangga kembali perkara itu amat penting untuk diambil kira. Nana sebelum ini menjelaskan bahawa walaupun dia baik dengan Khai Bahar, tetapi belum tentu keluarganya boleh menerima status dirinya itu. Tambahan pula Khai jauh lebih muda dan masih bujang.

Bagaimanapun, peminat hangat memperkatakan mengenai video terbaru yang dimuat naik mereka di laman sosial apabila keduanya saling memanggil 'baby' dan 'sayang' di sebuah restoran makanan segera. Ditanya mengenai video itu kata Nana, ia adalah rakaman lama yang baru dimuat baik di laman sosial.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Siti Nordiana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: