14 November 2019

KISAH LAMA - HADY MIRZA TAK MAHU IA DIUNGKIT LAGI


"Bukan saya cuba untuk berahsia mengenai perkara itu kerana kalau ada yang mencarinya di Internet, mereka pasti akan menjumpainya. Cuma, pada saya, tak eloklah jika ia sengaja dibangkitkan, tidak kiralah atas alasan apa sekali pun. Walaupun isteri saya tidak kisah dan tahu mengenainya, apatah lagi saya tak pernah menyimpan sebarang rahsia daripadanya, kita kena hormat juga perasaannya dan juga pihak di sebelah sana.





"Tidak perlulah rasanya untuk kita mengeruhkan keadaan dengan cerita sebegini," ujar penyanyi kelahiran Singapura yang juga peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Hady Mirza yang memohon agar tiada pihak mengungkit kembali kisah cintanya bersama seorang artis popular kerana ia sudah lama berlalu.

Menurut Hady, tidak manis apabila perkara berkenaan terus diperkatakan dan menjadi bahan gurauan kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Ditanya apakah dirinya bersedia bekerjasama dengan artis terbabit jika ada pihak menghulurkan peluang untuk berbuat demikian, penyanyi berusia 39 ini berkata, andai ia berkaitan soal kerja, dia takkan menolaknya.


Klik untuk gambar besar


"Asalkan peluang itu diberikan atas dasar profesional, seperti kerja, saya okey sahaja. Tetapi, kalau ia dibuat semata-mata mahu mengambil kesempatan demi kontroversi, saya tidak akan melakukannya," tegas Hady.

Terdahulu, sebelum Hady atau nama lengkapnya Muhammad Mirzahady Amir membuat persembahan, pihak produksi dilihat menayangkan video sambil meminta peminat meneka artis wanita yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu.

www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Hady Mirza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: