14 November 2019

SHUIB SEPAHTU MASUK HOSPITAL: "AKHIRNYA TUMBANG, REHAT SOEB"


Menerusi entri di Instagram (IG), pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu telah berkongsi gambar dirinya ketika sedang berada di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.





"Akhirnya tumbang, REHAT SOEB," tulisnya ringkas berserta gambar ketika berada di hospital yang turut menerima komen dimana rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan supaya Shuib kembali pulih selepas menerima rawatan.

Namun, Shuib tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital. Apa pun, kami mendoakan agar Shuib kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan. Terdahulu, Shuib bengang dengan sebuah hospital swasta selepas terpaksa menunggu lama sebelum menerima rawatan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: