14 November 2019

SPEKULASI BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA - EIZLAN AKAN JAWAB 2 DISEMBER INI


"Macam mana hendak komen sedangkan nanti akan ada sidang media. Pengurus saya sedang sibuk menguruskan perkara itu. Sama ada betul atau tidak berita saya bakal bernikah, semua itu akan terjawab pada sidang media berkenaan," jelas pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, yang hanya bersedia merungkai spekulasi dia bakal mengakhiri zaman dudanya pada sidang media, 2 Disember ini.





Eizlan yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, memohon semua pihak supaya menanti tarikh itu kerana segala persoalan akan terjawab pada sidang media terbabit. Pada Ahad lalu, ruangan pojok sebuah akhbar mendedahkan, Eizlan akan mengakhiri zaman dudanya bulan depan dalam majlis gilang-gemilang yang mendapat tajaan bernilai RM 2 juta.

Berdasarkan nilai tajaan itu, majlis perkahwinan pelakon yang mendaki populariti menerusi drama Jaguh-Jaguh itu dikatakan bakal menjadi 'wedding of the year'. Eizlan yang menduda sejak empat tahun lalu, sebelum ini pernah mengakui, masih trauma untuk berkahwin sejak rumah tangganya dengan usahawan, Vie Shanti Khan, 33, gagal dipertahankan.

Dia bagaimanapun, memaklumkan tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran cinta, cuma lebih berhati-hati dalam memilih calon isteri. Tidak menetapkan kriteria tertentu wanita pilihannya, Eizlan berkata, dia juga tidak kisah beristerikan ibu tunggal memandangkan perkahwinan dibina atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain. Menerusi perkahwinan terdahulu, Eizlan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zalia, 6.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Eizlan Yusof


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: