01 November 2019

PIHAK PENGURUSAN HADIAHKAN 'VELLFIRE' - HAEL HUSAINI TERGAMAM


"Hael diberitahu dia perlu membuat reviu mengenai kenderaan di Naza World dan bersetuju untuk melakukan 'job' tersebut. Beberapa minit selepas dia sampai, kami jerit 'surprise' dan Hael memberi reaksi terkejut, tergamam, 'speechless'.





"Ayat pertama yang keluar daripada mulut Hael ialah "betul ke ni... sumpahlah?," jelas Anne yang turut berkongsi kegembiraan di laman Instagramnya (IG) dimana sahabatnya, penyanyi dan komposer Hael Husaini menerima hadiah sebuah Totoya Vellfire daripada pihak pengurusan Virus Ungu Entertainment.

Menerusi video yang dimuatnaik Anne Farina pada ruangan IG Story, difahamkan kereta mewah tersebut dihadiahkan kepada Hael kerana kerja kerasnya selama ini. Anne berkata, pihak pengurusan merancang memberi kejutan kepada penyanyi Hajat tersebut dan mengajak dia ke kedai kereta Naza World di Petaling Jaya.

Lebih menarik lagi plat kereta tersebut yang ditempah khas dan apabila dirapatkan ia seperti membaca nama nama kedua Hael iaitu 'Usaini' (VS54171). Anne turut memuatnaik foto Hael terduduk disisi kereta barunya itu di IG dan mengucapkan selamat maju jaya kepada penyanyi dan composer muda berbakat besar itu di ruangan kapsyen: "SURPRISE!! Dari management and team. Semoga terus berjaya dan sentiasa memberikan yang terbaik! Love".

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Anne Farina & Hael Husaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: