02 November 2019

"SAKIT YA AMPUN..." - BEKAS ISTERI PU ABU KONGSI PROSES LAHIRKAN ADAM AYSAR


Menerusi laman Instagram, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini telah memuatnaik foto keychain dan anak sulungnya, Muhammad Adam Aysar saat baru sahaja dilahirkan. Melihat pada kapsyennya, Ain meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan anak lelakinya itu dipermudahkan.





Menceritakan pengalaman pertama kali melahirkan anaknya itu, Ain mengalami kontraksi yang sangat menyakitkan dan tidak dijangka. Malah anaknya perlu diberikan antibiotik selepas dilahirkan: "Apa persamaan keychain ni dengan gambar sebelah? Samaaaa! Satu dalam bentuk keychain. Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir..

"Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat Alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir. Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa... rezeki kat situ," tulisnya yang mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecekalan serta ketabahan Ain melahirkan anaknya ketika sudah menjadi ibu tunggal.

Terdahulu, Ain diceraikan oleh PU Abu kerana mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa. Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ain Afini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: