26 November 2019

SAMBUT BIRHDAY KE-30 HARI INI - ZULIN AKAN DIBEDAH BUANG BATU KARANG


Memberitahu dia terpaksa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 di hospital pada hari ini (26 November) kerana akan menjalani pembedahan membuang batu karang di hempedu, pelakon Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, berkata dia mengesan penyakit itu selepas kerap mengalami sakit perut yang berterusan.





"Saya masuk wad selepas selalu sangat sakit perut. Bila buat pemeriksaan doktor, ada batu di hempedu. Jadi, doktor nasihat memang kena buang. Insya-Allah esok saya akan menjalani pembedahan buang batu itu. Salah satu punca terjadi disebabkan saya tidak menjaga pemakanan dengan betul," kata Zulin.

Zulin ada memuatnaik foto dia berada di sebuah hospital dan memohon doa agar pembedahan yang akan dilakukan berjalan dengan lancar di laman Instagramnya. Menerusi kapsyen tersebut, bekas penyampai radio Suria FM ini meluahkan rasa sedih apabila dia hanya menyambut kelahirannya tahun ini di hospital.

"Mohon doakan pembedah saya berjalan dengan lancar, selamat dan dipanjangkan umur ya. Tahun ini saya sambut hari lahir saya yang ke-30 di hospital. Tak apalah, tak dapat makan kek dan tiup lilin. Dapat doa daripada anda semua pun dan Alhamdulillah. Moga-moga Allah makbulkan doa-doa," tulisnya yang menerima komen dimana rata-rata pengikut di laman sosial berharap Zulin cepat sembuh dan segala urusannya dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: