26 November 2019

"TIDUR LAH SAYANG... REHAT LAH SAYANG" - ANAK ALI PUTEH DIJEMPUT ILAHI


Takziah kami ucapkan kepada pelawak, Ali Puteh dan isterinya, Melati Fitri Abdullah atas kehilangan anak mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan isterinya memaklumkan berita sedih kehilangan bayinya yang berusia tiga bulan lebih itu menerusi laman Instagram.





"Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy Sharifah Nur Ainul Mardhiah dah kembali kepada penciptanya.. sedekah Al-Fatihah buat anak syurga ini.. tggu walid dan ibu disana... Tidur lah syg... Rehat lah syg... syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar...," kata Ali.

"Salam semua... Puteriku SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH telah hembuskan nafasnya td dlm jam 11.30 pagi... Ainul tunggu ibu dan walid di syurga ye.. kamu rehatlah sayang... Selama 3 bulan lebih kamu menanggung derita sakit... Kamu bidadari ibu yg terindah, akan ibu semat dlm hati yg dlmmmmm.... Al-Fatihah ... #al-fatihah," tulis isteri Ali pula.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, bayi perempuan kedua pasangan ini yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang. Pada 11 November lalu, Ainul selamat menjalani pembedahan seperti dijadualkan di Hospital Serdang.

Begitupun, minggu lalu, keadaan bayi mereka agak kritikal apabila berdepan masalah pada paru-parunya hingga terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan. Untuk makluman, Ali dan isterinya mempunyai seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Ali Puteh & Melati Fitri Abdullah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: