17 November 2019

SEMPENA ULANG TAHUN RAMLI MS: "DOA SAYA TIDAK PERNAH PUTUS... BUAT KAMU" - ALYAH


Menerusi laman Instagram, penyanyi Datin Alyah telah memuatnaik surah Al-Fatihah bersempena ulang tahun suaminya, maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS tahun ini. Dalam posting tersebut, penyanyi lagu 'Meluruh' itu berkata hanya doa yang mampu dihadiahkan sambil menyatakan ingatan buat suami yang tak pernah putus.





"Hanya doa yg mampu saya hadiahkan... Dan doa saya tidak pernah putus...buat kamu. Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh...," tulis Alyah yang menerima komen para peminat yang turut memberikan ucapan serta dedikasi sama buat Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram.

Malah tak kurang juga ada berdoa agar rumah tangga pasangan ini aman harmoni selamanya. Untuk makluman, Alyah dan Ramli MS mendirikan rumah tangga sekitar 2013 secara tertutup di Indonesia dan ia hanya dihidu media kira-kira lebih setahun selepas itu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Alyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: