17 November 2019

"MUNGKIN AMBIL MASA LAMA SEMBUH" - PETI SUARA SHAM VISA ALAMI KECEDERAAN TERUK


"Ia berlaku sejak Jumaat lepas, keadaan masih tidak baik dan selepas mendapatkan rawatan, doktor memberitahu kecederaan itu biasa berlaku kepada penyanyi. Saya baru lepas buat pemeriksaan kesihatan, doktor ambilsatu alat mempunyai wayar panjang, ada kamera dimasukkan ke dalam rongga hidung dan terus masuk ke kawasan vocal cord.





"Melalui kamera itu doktor boleh tengok apa yang berlaku dan doktor nampak kecederaan itu yang mungkin mengambil masa lama untuk sembuh," kata penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Sham Visa yang memberitahu keadaan kesihatan tekaknya masih belum pulih dan berada dalam keadaan krinik sehingga perlu dirujuk ke hospital.

Menurut Sham, 47, doktor mengesahkan dia alami Chronic Laryngitis atau kecederaan teruk pada petik suara dan memerlukan masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala. Sham berkongsi mengenai perkembagan kesihatannya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar


Meskipun kecedraan itu memerlukan masa untuk sembuh, Sham tetap bersyukur kerana keadaan peti suaranya tidak mengalami kecederaan parah: "Alhamdulillah keadaan peti suara masih tak terlalu serius... tak ada terkoyak atau bengkak, cuma buat masa sekarang saya tak boleh keluarkan ton suara yang betul".

Sementara itu, pihak pengurusan Sham iaitu Mindorder memaklumkan Sham akan tetap meneruskan saingan pada konsert GV6 minggu keenam pada Ahad ini: "Sham tidak patah semangat dan tetap beruasaha untuk menyampaikan lagu 'Suratan Takdir' sebaik mungkin demi profesionalisme dan sokongan semua terhadap. Kami berharap Sham terus kuat dan tabah menghadapi kesulitan ini serta sembuh semula secepat mungkin dengan izin Allah," tulis pihak pengurusan menerusi satu muatnaik di Instagram.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sham Visa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: