17 November 2019

BILA NABILA HUDA 'SOUND': "BACA SKRIP BUKAN ASYIK TENGOK TELEFON"


"Ada saja pelakon yang tak fokus, lepas tu tak deliver dalam lakonan kerana mereka ini hanya hafal dialog... kenapa? Sebba boleh rasa mereka sekadar bercakap. Feel tu tak rasa. Sepatutnya mereka bersedia, baca skrip bukan asyik tengok telefon. Itu yang buat saya rasa mereka ni tahu berlakon ke tak reti berlakon? Tak memberi pun. Tapi kadang-kadang fikir nak habiskan kerja, terpaksa teruskan sajalah.





"Kadang-kadang saya akan bantu... sampai seminggu pun saya bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak kena buka kelas akademi, aku pun rengsa (meluat)," ujar pelakon Nabila Huda yang menyuarakan rasa kecewa denga sikap segelintir selebriti yang mengambil sikap sambil lewa ketika menjalani sesuatu penggambaran drama mahupun filem.

Kata Nabila, 34, seseorang pelakon itu seharusnya membuat persediaan dengan membaca skrip berulang kali agar memahami watak yang dibawa mereka. Dalam pada itu, Nabila yang baharu menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) menerusi 'Dia Tak Berdosa' itu berkata, dia akan memberikan sepenuh komitmen terhadap setiap tawaran yang diterimanya.

Klik untuk gambar besar


Meskipun sudah hampir 18 tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, Nabila berkata, sehingga kini dia akan berulang kali membaca skrip bagi memastikan watak yang dibawa berjaya dihasilkan dan setrusnya meninggalkan kesan kepada penonton: "Biasanya apabila diberikan watak, saya akan study karakter-karakter itu, baca sampai tiga kali skrip dan akan fahamkan.

"Kemudian plan apa yang saya nak buat dengan karakter macam ni supaya ia tak jadi stereotype atau sama dengan karakter lain. Saya tak akan ambil ringan kerana kalau bekerja, saya memang serius termasuk fikirkan baju yang nak dipakai untuk disesuaikan dengan watak," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: